Monday 16 September 2013

Surah Yusuf Ayat 4 - Amalan dan Kelebihannya


Surah Yusuf Ayat 4 - Selamat datang saya ucapkan kepada anda ke halaman blog khas mengenai surah Yusuf ayat 4, melalui blog ini saya akan kongsikan beberapa maklumat penting berkaitan seperti kelebihan, maksud ayat, amalan serta beberapa ayat lain yang turut boleh diamal bersama dengan ayat 4 surah Yusuf.

Pengenalan: Surah Yusuf merupakan surah yang ke-12 daripada 114 Surah yang terdapat di dalam Mushaf Al-Quran. Surah ini terdiri daripada 111 ayat kesemuanya. Surah ini dikatakan unik kerana tidak seperti Nabi-Nabi lain yang disebut dalam al-Quran, kisah Nabi Yusuf hanya disebut dalam surah ini tertentu. Biasanya, surah-surah dalam al-Quran memegang beberapa tema dalam satu laluan, tetapi Surah Yusuf memegang salah satu tema utama. Ia memberi tumpuan kepada garis utama, dan adalah kisah yang berterusan, bersama-sama dalam susunan kronologi. Dengan teks yang meliputi lima belas muka surat, cerita ini adalah petikan yang berbeza dari al-Quran, dan memegang banyak tema berharga dan pelajaran.

Surah Yusuf Ayat 4

Di bawah ini adalah petikan ayat ke-4 daripada surah ini, saya kongsikan dalam bentuk gambar berformat .jpg supaya memudahkan anda untuk muat turun ke komputer/pc atau telefon pintar anda nanti:



Maksud: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

"Idz Qoola Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada 'Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Saajidin"

PS: Halakan tetikus anda pada gambar dan klik kanan, kemudian pilih "Save As" untuk muat turun ke dalam folder komputer anda.

Khasiat dan Manfaat Surah Yusuf Ayat 4

Ayat ke-4 dari surah Yusuf ini mempunyai khasiat untuk menarik perhatian serta turut mendatangkan rasa kecintaan pada orang yang melihat. Caranya adalah dengan dibaca ayat diatas 3 kali berturut-turut dalam keadaan berwudhu sebelum bertemu orang yang dituju. Insya Allah yang akan ditemui menaruh rasa kecintaan pada Anda.

Bagi menambahkan lagi kekuatan rasa cinta 'pandang pertama' tersebut, anda juga boleh amalkan beberapa ayat daripada surah lain seperti Surah Thaahaa Ayat 39 dan Surat An Nisa ayat 84. Kedua-dua petikan ayat ini juga dibaca berulang kali dengan angka ganjil sekurang-kurangnya 3 kali, atau 5 kali atau 7 kali.

Ayat 39 Surah Thoha:
عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي
(alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii)
Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."

Ayat 84 Surah An-Nisa:
فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفْسَكَ وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَاللَّهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنْكِيلًا
Maksudnya: "Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan-Nya".

Saya berharap agar perkongsian ini dapat membantu anda, Al-Quran itu merupakan penawar rohani dan jasmani manusia, yang sakit menjadi sembuh, yang suram bertambah sayang, yang lupa menjadi ingat, yang lelah bertambah semangat. Apa yang penting adalah keyakinan dan istiqamah dalam amalan. Sekiranya tidak berhasil jangan sesekali disandarkan salah pada ayat, tetapi nilai dan muhasabah semula diri anda, adakah anda berterusan dalam amalan? adakah dijaga solat 5 waktu? adakah anda berbuat baik pada keluarga, teman dan tetangga. Pelihara hubungan baik sesama manusia insya-Allah doa anda akan mudah dikabulkannya.

Sekian dahulu daripada saya, selamat beramal dengan surah Yusuf ayat 4 ini dengan istiqamah. Semoga berjaya.